Hujan batu landa Rantau Panjang

Penduduk menunjukkan hujan air batu yang berlaku di sekitar Kampung Gual Sitok, Rantau Panjang pada petang Jumaat. -Foto: Ihsan pembaca
Penduduk menunjukkan hujan air batu yang berlaku di sekitar Kampung Gual Sitok, Rantau Panjang pada petang Jumaat. -Foto: Ihsan pembaca
A
A
A

RANTAU PANJANG - Penduduk di beberapa buah kampung di Gual Sitok di sini dikejutkan dengan kejadian hujan batu pada Jumaat.

Kejadian sekitar jam 4.15 petang itu berlaku di beberapa buah kampung termasuk Banggol Merbol.

Fenomena itu menjadi tular di laman sosial Facebook apabila penduduk mula berkongsi perihal fenomena berkenaan.

Seorang penduduk, Muhamad Zailani Che Awang, 42, berkata, kali terakhir kejadian itu berlaku ialah pada 20 tahun lalu.

"Saya cukup bertuah apabila diberikan kesempatan melihat sendiri kejadian ini sekali lagi," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, segala rakaman kejadian itu akan disimpan sebagai kenangan kerana ia jarang berlaku.

Sementara itu, fenomena tersebut turut dikongsikan artis dikir barat terkenal Kelantan, Poyie Gasi atau Mohd Zainuri Mohd Zain dalam laman sosial Facebook miliknya.

Poyie berkata, dia cukup teruja dapat melihat kejadian itu secara langsung.

Artikel Berkaitan:

"Semoga ada rahmat di sebalik kejadian itu," katanya.