Sasar FDI RM1 bilion menerusi Menara Kebudayaan China-Melaka

The Sail Melaka bernilai RM6.5 bilion dijangka siap sepenuhnya pada 2024.
The Sail Melaka bernilai RM6.5 bilion dijangka siap sepenuhnya pada 2024.
A
A
A

MELAKA – Sheng Tai International Sdn Bhd, syarikat pemaju tempatan yang memenangi anugerah dan mengkhusus di dalam hartanah pelancongan mengumumkan rancangannya untuk melakukan transformasi ke atas satu daripada sembilan Menara The Sail Melaka menjadi Menara Kebudayaan yang pertama di Malaysia.

Sheng Tai’s Maritime Cultural Tower adalah sebahagian daripada projek The Sail Melaka bernilai RM6.5 bilion, sebuah pembangunan strategik yang terletak di Zon Ekonomi Melaka Waterfront (M-Wez).

Projek pembangunan itu turut memaparkan hotel mewah lima bintang dan enma bintang, kondotel mewah, suite bisnes, pusat beli-belah sejuta kaki persegi serta dataran kebudayaan dengan kedai-kedai menghadap Selat Melaka.

Berukuran 350,000 kaki persegi (sqft), menara kebudayaan 61 tingkat itu boleh menempatkan sehingga 1,000 bisnes dari pelbagai industri, termasuk seni dan budaya, baba nyonya, fesyen, makanan, pendidikan dan lain-lain.

Saiz setiap suite boleh mencapai hingga 2,000 sqft dan unit-unit ditetapkan harga dari RM500,000 (RMB 764,800) ke atas.

Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International, Datuk Leong Sir Ley (kiri) dan Utusan Khas Melaka ke China, Datuk Wira Gan Tian Loo.
Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International, Datuk Leong Sir Ley (kiri) dan Utusan Khas Melaka ke China, Datuk Wira Gan Tian Loo.

Artikel Berkaitan:

Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International, Datuk Leong Sir Ley berkata, mereka cukup teruja untuk membawa menara kebudayaan unik ini kepada pelabur asing, dengan China sebagai sasaran pasaran yang utama.

"China adalah satu daripada pelabur terbesar Sheng Tai International, mewakili lebih daripada separuh jualan keseluruhan The Sail Melaka. Kami percaya bahawa menara kebudayaan China-Melaka adalah penting untuk menyambungkan kita dengan pelanggan semasa dan pelanggan China yang berpotensi, yang belum dapat melawat projek kita disebabkan larangan bergerak semasa pandemik ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dari segi pelaburan, Sir Ley menjangkakan menara kebudayaan ini akan menarik pelaburan terus asing (FDI) dari China sebanyak RM1 bilion.

Beliau berkata, Sheng Tai International akan bekerja rapat dengan Datuk Wira Gan Tian Loo, Duta Khas Melaka ke China untuk projek ini.

"Dengan kenalan luas Datuk Wira Gan diganding pula dengan cadangan unik menara kebudayaan di The Sail Melaka serta permintaan yang semakin bertambah bagi hartanah di bandar dalam norma baharu, kami yakin untuk meluas lebih jauh ke dalam China dan mencapai sasaran FDI dalam tempoh tiga tahun ini," katanya.

"Kami di Sheng Tai International sentiasa memiliki aspirasi untuk menjulang The Sail Melaka menjadi tempat tumpuan atau hab bagi perniagaan, pendidikan dan pertukaran sosial.

Seterusnya, ia kelak dapat melonjakkan ekonomi negeri dan membuka pelbagai peluang pekerjaan untuk orang tempatan. Sheng Tai’s Maritime Cultural Tower adalah usaha pertama kami,” tambah Sir Ley.

Sementara itu, Tian Loo turut menaruh keyakinan Sheng Tai’s Maritime Cultural Tower akan mengukuhkan tarikan negeri Melaka sebagai pilihan utama pelaburan bagi ramai pelabur China.

"Terdapat banyak projek yang mendorong perkembangan Melaka dan The Sail Melaka adalah satu daripada projek yang paling besar dan berjaya di bawah divisyen kebudayaan.

"Di sebalik perintah kawalan pergerakan yang berlarutan, Sheng Tai International berjaya memuktamadkan transaksi pembeli asing ke atas The Sail Melaka dengan mengguna pakai alat media sosial dan membentuk perkongsian strategik dengan jenama-jenama antarabangsa. Kesemua mereka meneguhkan komitmen untuk memacu ekonomi negeri,” kata Tian Loo.

Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), China menjadi sumber FDI terbesar bagi Malaysia pada 2020, mencatatkan RM164 bilion dari segi pelaburan yang diluluskan di dalam sektor utama, perkilangan dan perkhidmatan.

The Sail Melaka

Terletak strategik di nadi Melaka Waterfront Economic Zone (M-Wez) seluas 33km, bersebelahan Lebuhraya Pesisir Melaka.

The Sail Melaka juga berhampiran Pantai Klebang, Impression City, Pusat Perubatan Mahkota, Kota A'Famosa, Jonker Street, Bandar Zon Perdagangan Bebas Cheng Ho, Melaka River Cruise, Melaka Gateway dan The Stadthuys, serta banyak lagi.

Kemudahan-kemudahan unik pembangunan bercampur ini merangkumi `cincin angkasa’ sepanjang 500m menyambung kesemua sembilan menara, pusat pameran dan konvensyen seluas 4,090 square meters (sqm), Sky Garden Bercahaya serta The Moon, pusat eksperimen berbentuk bujur 360 darjah.

Ia juga menampilkan restoran antarabangsa bertema angkasa, satu daripada `cincin angkasa’ terpanjang; satu daripada kolam renang di atas bumbung terpanjang di rantau ini; satu daripada bangunan berganda tertinggi dengan setiap satunya mengandungi 61 tingkat, pusat konvensyen paling eksklusif dan paling penting, struktur sembilan menara yang disambung tertinggi.

Projek pembangunan bercampur The Sail ini dijadual siap sepenuhnya pada 2024.

Bersempena ulang tahun ke-47 hubungan China-Malaysia, Sheng Tai International telah menerbitkan klip video di FB: @shengtaiinternational.