X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Bukan mudah nak masuk Gaza, saya pun tak pernah: Dr Mahathir

Dr Mahathir
A
A

LANGKAWI- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa tidak mudah bagi rakyat Malaysia untuk memasuki Gaza, Palestin dalam pelbagai misi bantuan terutama dari kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Menurutnya, ini termasuklah dirinya yang masih belum berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke Gaza atas pelbagai sebab terutamanya berkaitan soal keselamatan meskipun ketika tempoh beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, Dr Mahathir menyatakan bahawa terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk memasuki kawasan terbabit termasuk mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Mesir.

"Kalau nak masuk (ke) Gaza bukan mudah tetapi (tetap) ada cara-cara (dia), kalau kita boleh bekerjasama dengan Mesir umpamanya, kita boleh masuk dari (sempadan) Mesir (ke Gaza), jadi ada dua tiga orang (pemimpin juga saya difahamkan) yang berjaya masuk, bahkan saya fikir (Perdana Menteri ketika ini), (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) biasa masuk.

"Itu semua terpulang kepada authority (pihak berkuasa) di situ, kalau dia nak terbang (atau memulakan perjalanan) dari Mesir, dia kena dapat kebenaran dari (pihak kerajaan) Mesir.

"Saya rasa Gaza terima lawatan daripada sesiapa pun, tetapi yang sekat (adalah) Israel dan kadang-kadang Mesir pun tak bagi lalu (atas faktor keselamatan)," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas Sesi Penyerahan Bakul PERMAI di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi, di Kuah pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa amalan untuk menggunakan agen atau pihak tertentu dalam usaha memasuki Gaza adalah perkara biasa dan ada dalam kalangan mereka yang mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran yang tinggi kepada individu-individu dari Malaysia..

Terdahulu, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menyifatkan tuduhan yang mengatakan beliau menyukarkan usaha pihak lain untuk masuk ke Gaza selepas misi kemanusiaannya baru-baru ini, sebagai satu fitnah besar yang melampau.

Dalam satu sesi soal jawab secara maya hari ini, Ebit berkata, apa yang terjadi adalah sebaliknya kerana kerjasama dan usaha yang dilakukan antara kerajaan Malaysia dan Mesir, akan memberi manfaat kepada mana-mana pihak lain yang berhasrat masuk ke Gaza selepas ini.

Dalam masa yang sama, Ebit juga menafikan dakwaan beliau menggunakan duit rakyat Malaysia untuk memudahkan perjalanannya di sana. - Sumber Awani

ARTIKEL BERKAITAN ALLAH bantu kami masuk ke Gaza dengan mudah dan betul: Ebit Lew

Saya tak pernah buka satu tabung pun untuk Gaza: Ebit Lew

'Saya telah difitnah' - Ebit Lew


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!