'Saya telah difitnah' - Ebit Lew

Ebit Lew
Ebit Lew
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Apa yang berlaku ini bukan sahaja melibatkan saya malahan melibatkan isteri, anak dan juga arwah ayah saya yang meninggal dunia," demikian luah Ebit Lew kepada media sebaik sahaja selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Rabu.

Ebit Lew berkata pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap dirinya mengakibatkan ia memberi kesan bukan sahaja terhadap diri malah keluarga.

"Lama saya diamkan diri, tak nak bercakap apa-apa, namun, bila isteri saya menangis, anak saya menangis, tanya saya macam saya ada buat kesalahan besar, jadi saya tampil buat laporan polis.

"Saya mahu nafikan segala tuduhan yang dilemparkan terhadap saya, itu fitnah dan tidak berasas, memang tiada, wallahi," katanya di hadapan pekarangan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Rabu.

Katanya, pihak polis juga meminta dirinya agar tidak panjangkan isu ini.

Ebit Lew berkata pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap dirinya mengakibatkan ia memberi kesan bukan sahaja terhadap diri malah keluarga.
Ebit Lew berkata pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap dirinya mengakibatkan ia memberi kesan bukan sahaja terhadap diri malah keluarga.

"Saya serahkan kes ini kepada peguam untuk tindakan selanjutnya sama ada untuk saman malu atau sebagainya.

"Selagi pegawai penyiasat belum rakam percakapan, saya tak boleh bercakap lebih hari ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Ebit Lew buat laporan polis

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, beliau langsung tidak membuka mana-mana tabung untuk orang ramai menderma ketika melaksanakan misi di Gaza.

"Saya pergi dengan duit sendiri dan tak buka satu tabung pun untuk Gaza, saya mahu henti tapi malangnya saya lihat tuduhan masih lagi tak berhenti.

"Saya sedih, saya kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan ini," katanya.

Dalam pada itu, peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican berkata laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan.

"Laporan polis dibuat jika wujud unsur-unsur fitnah berbentuk jenayah terhadap anak guam saya.

"Tuduhan sivil akan dimulakan terhadap pihak yang mengulangi fitnah terhadap anak guam saya," katanya.

Menurutnya, beliau langsung tidak membuka mana-mana tabung untuk orang ramai menderma ketika melaksanakan misi di Gaza.
Menurutnya, beliau langsung tidak membuka mana-mana tabung untuk orang ramai menderma ketika melaksanakan misi di Gaza.

Tular di media sosial sebelum ini isu antara Ebit Lew dengan penyanyi rap, Caprice.

Caprice sebelum ini menyatakan ingin membuat pendedahan mengenai kehadiran Ebit bersama pasukannya di Gaza, Palestin.

Masa sama, dakwaan seorang individu yang mendakwa Ebit Lew menggunakan khidmat sebuah syarikat bagi memasuki Gaza.

ARTIKEL BERKAITAN Ebit Lew, Caprice trending di Twitter