Perancis sasar 40 pingat di Tokyo 2020

Foto AFP
Foto AFP
A
A
A

KONTINJEN Perancis pastinya akan mencuri tumpuan peminat sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos, memandangkan negara ini bakal menjadi tuan rumah kejohanan itu pada 2024.

Menurut Xinhua, sejumlah 378 atlet terdiri 212 lelaki dan 166 wanita akan mewakili Perancis dalam 31 acara, termasuk empat acara baharu diperkenalkan: 'surfing', 'skateboarding', 'climbing' dan karate.

Pengurus Agensi Sukan Perancis, Claude Onesta berkata, kontinjen Perancis menyasarkan kutipan pingat sama seperti dimenangi pada Olimpik Rio 2016.

"Namun, sudah tentu harapan kami adalah untuk menang lebih daripada itu," katanya.

Pada Olimpik Rio 2016, Perancis memenangi 42 pingat, iaitu 10 emas, 18 perak dan 14 gangsa.

Antara acara yang dijangka bakal memberi peluang kilauan pingat ialah bola baling, lawan pedang, lumba basikal dan bola sepak. - Bernama

Artikel Berkaitan: