Tiada kebenaran rentas, ceroboh hutan

Kesemua suspek ditahan di Balai Polis Sungai Koyan pada pagi Ahad.
Kesemua suspek ditahan di Balai Polis Sungai Koyan pada pagi Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 29 individu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Bryan Lai Wai Chong didapati tidak mempunyai permit memasuki Kompatmen 536 Hutan Simpan Ulu Jelai, Perkampungan Orang Asli Rakoh, Lipis dan tiada kebenaran merentas negeri.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, itu kesalahan dikesan selepas siasatan lanjut terhadap kesemua suspek di Balai Polis Sungai Koyan, pada jam kira-kira 8 pagi, Ahad.

Menurutnya, kesemua suspek yang ditahan membabitkan 21 lelaki dan tujuh wanita serta seorang wanita orang asli.

"Kesemua mereka ditahan di bawah Akta 47(1) Akta Perhutanan Negara 1984 dan kertas siasatan dibuka pegawai penyiasat Jabatan Hutan Raub.

"Polis juga telah menjalankan siasatan ke atas kesemua suspek kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perkara 5(1)/17(1) Peraturan-Peraturan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah di Dalam Kawalan Tempat Jangkitan) 2020 dan Akta Orang Asli 1954," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, pada Sabtu Pejabat Hutan Daerah Lipis menerima maklumat awam terdapat sekumpulan kenderaan memasuki Hutan Simpan Ulu Jelai untuk memberikan bantuan kepada masyarakat orang asli

Jelasnya, selepas semakan dibuat dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) mendapati tiada sebarang kelulusan dikeluarkan bagi tujuan itu.

"Seterusnya pegawai pejabat hutan telah mengaturkan satu pasukan dan dibantu pihak polis telah mencari kumpulan tersebut dan menjumpai mereka Kompatmen 536 Hutan Simpan Ulu Jelai berhampiran penempatan orang asli pada jam 1 pagi serta mendapati kumpulan tersebut sedang berkumpul.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua suspek diminta mengemukakan permit memasuki hutan tetapi gagal berbuat demikian, selain tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," ujarnya.

Azli menjelaskan, pejabat hutan menyita sebanyak 11 kenderaan pacuan empat roda dan membawa mereka ke Balai Polis Sungai Koyan untuk siasatan lanjut.

Beliau menambah, kesemua mereka daripada Kuala Lumpur datang ke Perkampungan Orang Asli Rakoh untuk misi memberi bantuan.

Pada Ahad tular di laman sosial Facebook mengenai penahanan Bryan dan 29 yang lain serta 11 buah kenderaan pacuan empat roda disita.

ARTIKEL BERKAITAN: Masuk hutan ketika PKP, ADUN Teratai beri keterangan