Masuk hutan ketika PKP, ADUN Teratai beri keterangan

Sebahagian kenderaan yang didakwa memasuki hutan di Pos Lenjang.
Sebahagian kenderaan yang didakwa memasuki hutan di Pos Lenjang.
A
A
A

KUANTAN - Polis mengambil keterangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Bryan Lai Wai Chong bersama 29 individu lain bagi membantu siasatan kerana dipercayai memasuki hutan di Pos Lenjang, Cameron Highlands ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tindakan mereka memasuki kawasan berkenaan pada jam 1 pagi Ahad itu menimbulkan pelbagai persoalan kerana kesemua mereka sebelum itu dilaporkan sedang berkhemah di tepi Sungai Pos Lenjang.

Kesemua mereka ditahan Jabatan Perhutanan sebelum dibawa di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Lipis untuk diambil keterangan.

Sebelum itu, kesemua mereka sebelum itu dibawa ke Balai Polis Betau untuk ujian saringan Covid-19.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yassin ketika dihubungi memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan mengenai kejadian tersebut.

"Setakat ini, belum ada maklumat lanjut daripada pegawai saya lagi," katanya kepada Sinar Harian.

Pada Ahad tular di laman sosial Facebook mengenai penahanan Bryan dan 29 orang serta 11 buah kenderaan pacuan empat roda telah disita oleh JPNP dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Artikel Berkaitan: