X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Polis siasat video tular berkumpul makan durian

A
A

JOHOR BAHRU- Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan sekumpulan individu berkumpul makan durian dipercayai di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di bandar raya ini seperti yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, laporan polis berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) itu diterima pada 3.41 petang tadi.

“Kes akan disiasat di bawah Perkara 17(1) Peraturan-Peraturan dan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021 dan siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menyiasat bagi mengenal pasti individu terlibat sama ada petugas di PPV berkenaan atau bukan dalam video berdurasi 27 saat yang tular itu. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!