PKRC dalam negara mencukupi setakat ini: Mohd Redzuan

Mohd Redzuan (kiri) menyerahkan sumbangan barangan makanan kepada wakil penerima dari Felda Palong 4 pada simbolik penyerahan program Sumbangan Kasih Bakul Prihatin Sempena Aidiladha di Balairaya Felda Palong 4, pada Ahad. -Foto Bernama

A
A
A

JEMPOL - Kerajaan bersedia menambah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di negara ini mengikut keperluan semasa berdasarkan jumlah kes positif Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof bagaimanapun berkata, setakat ini, PKRC sedia ada masih mencukupi untuk menampung pesakit Covid-19.

“Sudah tentu kalau kes meningkat kita akan tambah (PKRC) tetapi sekarang terkawal. Kita akan berusaha tingkatkan sistem kesihatan kita,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Beliau berkata, secara keseluruhan, lebih 244,000 pesakit dikuarantin di 86 PKRC di seluruh negara sehingga kini dengan lebih 220,000 pesakit telah didiscaj.

Beliau mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada lebih 400 penduduk di Felda Palong di sini dengan kerjasama Perintis Bersatu Negeri Sembilan dalam usaha meringankan beban mereka untuk menyambut Aidiladha Selasa depan. - Bernama

Artikel Berkaitan: