X

Kindly register in order to view this article
!

Tanah perkuburan Islam di WP masih mencukupi: Zulkifli

Tanah perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan masih mencukupi bagi menampung pengebumian termasuk jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19. Gambar hiasan
A
A

SEREMBAN - Tanah perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan masih mencukupi bagi menampung pengebumian termasuk jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagaimanapun berkata, perbincangan bersama Majlis Fatwa Kebangsaan akan diadakan bagi melihat secara serius keperluan penambahan tanah perkuburan umat Islam di Wilayah Persekutuan, yang ketika ini amat terhad berbanding di negeri lain.

“Saya telah laporkan perkara ini kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan ia perlu dibincangkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) kepada golongan memerlukan di sini pada Sabtu.

YWM memperuntukan sumbangan pek barangan makanan keperluan di bawah Program Dana Perlu berjumlah RM11,250 yang memanfaatkan 225 penerima terdiri daripada pemandu teksi, veteran Angkatan Tentera Malaysia dan individu terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!