Nuno tak rela kehilangan Kane

Harry Kane
Harry Kane
A
A
A

PENYERANG sensasi Tottenham Hotspur, Harry Kane akan terus kekal bersama kelab itu disebalik khabar angin mengenai penghijrahan ke beberapa pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Perkara itu ditegaskan pengendali Spurs, Nuno Espirito Santo yang menyatakan dia tidak sabar untuk bekerjasama dengan Kane dalam membawa Spurs mencipta kegemilangan musim depan.

"Harry masih pemain kami. Tidak perlu lagi bercakap mengenai perkara ini. Sekarang ini adalah waktu untuk Harry berehat sebelum kembali menyertai pasukan.

"Apabila dia datang, kami akan ada masa untuk bercakap. Kami akan ada perbincangan yang bagus dan saya melihat kehadapan untuk bekerjasama dengannya," katanya.

Pemenang Kasut Emas EPL musim lalu itu mencuri tumpuan selepas masih belum memuktamadkan mengenai masa depannya dengan banyak khabar angin menyatakan dia mahu berhirah dari Spurs.

Beberapa kelab EPL menyatakan minat untuk membeli Kane antarannya Manchester City dan Manchester United, namun harga yang mungkin diletakkan Spurs bakal membuatkan kedua-dua kelab tersebut membatalkan hasrat itu.

Dalam pada itu, Nuno turut membayangkan Spurs akan turut aktif pada jendela perpindahan ini dengan membawa masuk beberapa pemain untuk memperkuatkan pasukan.

"Kami sedar ada banyak tugas yang harus diselesaikan. Tetapi, pada masa yang sama ia adalah kerja yang bukan mudah kerana pasukan ini terdiri daripada kepelbagaian pemain dengan kualiti dan bakat yang mereka miliki.

Artikel Berkaitan:

"Kami harus mencari pemain yang tepat dan dapat menolong pasukan Kami sedang ke arah itu dan saya juga berpeluang untuk meluahkan pendapat saya kepada pihak pengurusan.

"Mereka (pengurusan) melakukan tugas mereka dengan melihat kepada pasaran pemain. Saya melakukan tugas saya di tempat latihan dan kami mengumpulkan idea dan berusaha mencari keputusan terbaik. Tetapi seperti yang saya katakan, untuk memperbaiki skuad ini tidak mudah," katanya.