PPV IPT@UKM cecah 100,000 penerima vaksin

Mohd Ekhwan (kanan) bersama Shabirin Harun, 57 yang merupakan penerima vaksin ke-100,000 di PPV@IPT UKM, di sini pada Jumaat.
Mohd Ekhwan (kanan) bersama Shabirin Harun, 57 yang merupakan penerima vaksin ke-100,000 di PPV@IPT UKM, di sini pada Jumaat.
A
A
A

BANGI - Seramai 100,000 penerima vaksin direkodkan pada Jumaat di Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi Universiti Kebangsaan Malaysia (PPV IPT@UKM), di sini sejak ia dibuka pada 5 Mei lalu.

Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, seramai 97,969 orang menerima vaksin dos pertama manakala 7, 833 orang menerima vaksin dos kedua setakat jam 12.00 tengah hari pada Khamis.

Menurutnya, UKM bukan sahaja sebuah institusi pengajian tinggi, malah berhasrat menjadi sebuah universiti yang mesra komuniti melalui penglibatannya sebagai salah sebuah PPV IPT di Selangor.

“PPV IPT@UKM adalah tanda sokongan UKM kepada usaha negara untuk mencapai imuniti kelompok dengan kadar segera bagi memerangi wabak Covid-19.

“Semoga sumbangan dan peranan UKM sebagai PPV IPT@UKM terpahat di hati masyarakat yang telah menerima vaksin di sini,” katanya yang meraikan penerima vaksin ke 100,000 di sini, pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: