Guna media sosial beri penerangan kepada peneroka

Kerajaan pada Khamis lalu bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion secara bersyarat. Gambar hiasan.
Kerajaan pada Khamis lalu bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion secara bersyarat. Gambar hiasan.
A
A
A

HULU SELANGOR - Pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Soeharto, di sini mengambil inisiatif menggunakan platform media sosial untuk memberi penerangan berhubung pelarasan pinjaman peneroka.

Pengurusnya, Mohd Qasidinoor Mohamad Asri berkata, susulan pandemik Covid-19, platform media sosial seperti Facebook merupakan kaedah terbaik bagi menyampaikan maklumat mengenai pelarasan pinjaman berkenaan kepada pihak peneroka.

Katanya, langkah itu juga dapat memberikan maklumat yang tepat dan lengkap kepada peneroka terlibat bagi menggelakkan sebarang kekeliruan timbul berhubung perkara itu.

"Seperti kita tahu, Felda Soeharto merupakan antara tanah rancangan terlama di Malaysia malah ada generasi peneroka juga telah berhijrah ke bandar.

"Oleh sebab itu, pengurusan di sini menggunakan pendekatan seperti media sosial untuk menyebarkan maklumat dan turut memberi penerangan kepada peneroka menerusi rakaman Facebook Live," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Kerajaan pada Khamis lalu bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion secara bersyarat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, persetujuan itu mengambil kira isu hutang peneroka yang disifatkan harus diperbetulkan terlebih dahulu untuk memudahcarakan proses penjanaan semula atau restart Felda.

Artikel Berkaitan:

Mohd Qasidinoor Mohamad Asri
Mohd Qasidinoor Mohamad Asri

Dalam pada itu, Mohd Qasidinoor berkata, sejak memulakan inisiatif itu menerusi laman Facebook Komuniti Felda Soeharto, sambutan yang diterima daripada waris dan peneroka Felda adalah sangat baik.

"Kebanyakan mereka memahami dengan sebaiknya mengenai pelarasan pinjaman ini menerusi maklumat-maklumat yang kita kongsikan itu.

"Malah, peneroka luar turut berkunjung ke media sosial kita untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat daripada perkongsian yang diberikan," katanya.

Tambahnya, usaha yang dilaksanakan itu merupakan komitmen pihak pengurusan tanah rancangan berkenaan bagi membantu menjayakan dan menyampaikan maklumat setiap program dilaksanakan kerajaan.