X

Kindly register in order to view this article
!

SWM Environment tambah 18 lokasi sangkar KITARecycle

Ahli KITARecycle meletakkan barangan kitar semula di sangkar yang disediakan SWM Environment di setiap daerah di Negeri Sembilan.
A
A

SEREMBAN - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) meletakkan sangkar kitar semula, KITARecycle di 18 lokasi di setiap daerah di Negeri Sembilan bagi mempermudahkan ahli-ahli KITARecycle menghantar barangan kitar semula.

Menurut Pengurus Besar Korporat, SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin, penambahan lokasi ini bagi memudahkan pergerakan masyarakat terutamanya ahli KITARecycle meletakkan barangan mereka pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ini.

“Sangkar KITARecycle diletakkan di lokasi-lokasi yang strategik agar dapat memudahkan ahli KITARecycle untuk mengitar semula dan mengumpul mata ganjaran, sebelum menukarkan mata ganjaran tersebut kepada wang tunai,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Tambahnya, ahli-ahli KITARecycle negeri ini, dinasihatkan supaya memastikan kod QR KITARecycle ditampal di setiap bungkusan barangan kitar semula dan menghantar barangan tersebut ke lokasi-lokasi sangkar KITARecycle yang disediakan bagi membolehkan mereka mengumpul mata ganjaran.

"Ahli-ahli KITARecycle boleh menyemak mata ganjaran KITARecycle, dan menebus mata ganjaran melalui pemindahan wang secara dalam talian ke akaun bank masing-masing dengan memuat turun aplikasi KITARecycle di Google Play atau Apple Store atau melayari laman web kitarecycle.com," katanya.

Semua lokasi sangkar KITARecycle ini ditempatkan di kawasan majlis daerah masing-masing.

Selain itu, terdapat juga sangkar di Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, surau Taman Ampangan, Taman Arowana Indah, Taman Bukit Chedang, Kampung Sentosa Jaya, Taman Sri Inai, Taman Impiana Residence, Nilai dan Taman Meranti Bahau.

Orang ramai yang berminat untuk menjadi ahli KITARecycle, boleh melayari laman web kitarecycle.com dan mendaftar secara percuma.

Setiap ahli akan menerima nombor keahlian dan kod QR unik untuk mengumpul mata ganjaran KITARecycle.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkhidmatan SWM Environment dan program KITARecycle, orang ramai boleh menghubungi Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 untuk mengetahui lokasi sangkar KITARecycle yang berhampiran.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!