Penyelia syarikat kitar semula didakwa tipu penjualan besi buruk

Zhou (kanan) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini pada Jumaat.
Zhou (kanan) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini pada Jumaat.
A
A
A

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Penyelia di sebuah syarikat kitar semula mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini pada Jumaat, atas tuduhan penipuan pembelian besi buruk tidak wujud membabitkan kerugian RM75,000.

Han Zhou, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Berdasarkan pertuduhan, Zhou didakwa memperdayakan Chai Yoon Khee, 58, dalam urusan pembelian besi buruk dengan mempercayai ia wujud dan dengan curangnya mendorong mangsa membuat bayaran RM75,000 yang mana mangsa tidak akan membuat bayaran tersebut sekiranya tidak diperdayakan.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di Public Bank cawangan Ayer Keroh, di Air Keroh Heights, di sini pada Februari 2021.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang mana tertuduh boleh dipenjara tidak kurang satu tahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Darren Ee dan Kin Chung yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah dengan kerana tertuduh yang telah berkahwin mempunyai tiga orang anak selain menanggung bapanya yang menghidap sakit pinggang kronik.

Artikel Berkaitan: