X

Kindly register in order to view this article
!

Sultan Selangor berkenan lantik Mohd Tamyes anggota MAIS

Sultan Sharafuddin (tengah) dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah (kiri) bersama Mohd Tamyes selepas pertemuan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada Khamis. -Foto ihsan FB Selangor Royal Office
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melantik bekas Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid sebagai anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Ahli Dewan Diraja Selangor.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin turut berkenan menerima menghadap Mohd Tamyes dalam satu pertemuan di Istana Bukit Kayangan di sini pada Khamis.

"Beliau telah berkhidmat sebagai Mufti Selangor selama 23 tahun dan memutuskan untuk tidak menyambung kontrak bagi memberi peluang kepada orang baharu yang lebih muda dan berkaliber memegang jawatan tersebut," kata kenyataan tersebut pada Khamis.

Mohd Tamyes mula berkhidmat sebagai Mufti Selangor pada tahun 1998 dan memilih untuk tidak menyambung kontraknya yang tamat pada 19 Mei lalu.

Sultan Selangor sebelum ini turut berkenan bagi mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) kepada Mohd Tamyes yang membawa gelaran Dato' Setia.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!