Rasuah: Bekas pengurus Felda direman lima hari

Suspek berusia 60 tahun direman selama lima hari bermula Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah. - Foto ihsan SPRM
Suspek berusia 60 tahun direman selama lima hari bermula Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah. - Foto ihsan SPRM
A
A
A

TEMERLOH - Seorang bekas pengurus Felda di Bera direman selama lima hari bermula Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan jumlah RM5,000 daripada kontraktor.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Hayatul Hafifie Hashim di Mahkamah Majistret Temerloh selepas permohonan dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang.

Suspek yang berusia 60 tahun tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 3.30 petang dengan memakai baju reman SPRM warna jingga.

Pada Selasa, lelaki itu ditahan di Pejabat SPRM Temerloh antara jam 5 petang selepas hadir memberi keterangan berkaitan kes kecurian buah kelapa sawit.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim mengesahkan penahanan itu dan berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Sebelum itu, seorang penyelia kanan dan pembantu tadbir Felda direman selama lima hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan masing-masing RM8,000 dan RM2,000 daripada kontraktor.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyelia kanan, pembantu tadbir Felda direman kes rasuah

Artikel Berkaitan: