X

Kindly register in order to view this article
!

Doktor kontrak tidak wajar disiasat: Muda

Dr Thanussha Francis Xavier dan Lim Wei Jiet
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menegaskan doktor dalam sektor kesihatan awam yang bersuara mengenai isu jawatan kontrak tidak sepatutnya disiasat oleh pihak polis.

Pengarah Libat Urus dan Mobilisasi Muda, Dr Mathen Nair dan dua Naib Presiden Muda, Dr Thanussha Francis Xavier serta Lim Wei Jiet melalui kenyataan bersama pada Rabu berkata, golongan tersebut hanya menuntut supaya karier mereka terjamin dan diberi peluang berkhidmat sebagai Pegawai Kesihatan Tetap.

“Intimidasi kepada mereka adalah suatu pencabulan yang jelas terhadap hak mereka untuk melakukan protes sivil yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut mengulas laporan Sinar Harian baru-baru ini mengenai Kempen #HartalDoktorKontrak yang digerakkan sebagai solidariti kepada pegawai perubatan kontrak untuk menuntut menukarkan status doktor kontrak kepada jawatan tetap.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Selesaikan sebelum 26 Julai atau kami mogok'

Malaysia akan kekurangan doktor pakar

Doktor kontrak frontliners 'pakai buang'?

Mengulas lanjut, kenyataan itu turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang hanya berdiam diri dan tidak memberikan kata putus berkaitan isu tersebut.

“Doktor kontrak sudah berkhidmat sama seperti pekerja sektor kesihatan yang lain namun dinafikan hak mereka. Trauma yang berlaku akibat intimidasi dari pihak polis adalah perkara yang perlu dielakkan.

“Jangan menambah beban kepada mereka yang sudah cukup tertekan dengan pandemik yang gagal dikawal oleh kerajaan,” kata kenyataan berkenaan.

Tambah kenyataan itu, Muda bersolidariti dan bersedia menawarkan bantuan khidmat undang-undang kepada pihak yang memerlukan berkaitan isu itu dengan menghubungi [email protected]


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!