Covid-19 menular, Sydney lanjut 'lockdown'

Perintah 'lockdown' dilanjutkan lagi di Sydney ekoran 97 kes baharu Covid-19 dilaporkan di bandar raya itu dalam tempoh 24 jam yang lalu. - Foto AF
Perintah 'lockdown' dilanjutkan lagi di Sydney ekoran 97 kes baharu Covid-19 dilaporkan di bandar raya itu dalam tempoh 24 jam yang lalu. - Foto AF
A
A
A

SYDNEY - Perintah 'lockdown' di bandar raya Sydney yang didiami oleh lima juta penduduk dilanjutkan lagi sehingga dua minggu bagi menghalang penularan pandemik Covid-19, kata Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian pada Rabu.

Sydney telah pun memasuki 'lockdown' dalam minggu ketiga dan kini berusaha untuk mengawal penularan varian Delta dari India yang kini menular di bandar raya terbesar di Australia itu.

Kira-kira 97 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Perintah 'lockdown' itu sepatutnya berakhir pada 16 Julai tetapi ia kini dilanjutkan sehingga 30 Julai ini.

Kebanyakan penduduk dibenarkan keluar rumah untuk bersenam, membeli barangan penting, bekerja atau mendapatkan rawatan perubatan tetapi sekolah ditutup dan orang ramai digalakkan berada di rumah masing-masing dalam tempoh 'lockdown' itu.

Beberapa kawasan dikenakan sekatan yang lebih ketat lagi termasuk di sebuah apartmen di Bondi yang telah menjalani perintah 'lockdown' sepenuhnya selepas sembilan kes Covid-19 dikesan di apartmen tersebut.

Pada Selasa, polis mengawal bahagian depan dan belakang apartmen itu bagi menghalang penduduk daripada keluar dari bangunan tersebut.

Penularan terbaru Covid-19 di Australia bermula pada pertengahan Jun lalu dan kini meningkat sehingga kepada 864 kes manakala 20 orang berada dalam wad unit rawatan rapi dan dua pesakit sudah meninggal dunia. - Agensi

Artikel Berkaitan: