Muda putuskan tidak sokong kerajaan PN

Amir Abd Hadi
Amir Abd Hadi
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) memutuskan untuk tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agung Muda, Amir Abd Hadi berkata, ia berikutan hasil daripada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti tersebut.

Jelas beliau, kerajaan PN adalah sebuah kerajaan dibentuk tanpa sokongan rakyat dan tidak kompeten, malah gagal dalam menguruskan pandemik Covid-19 di negara ketika ini.

“Justeru, sebarang kenyataan yang dibuat mengaitkan Muda dengan PN adalah satu pembohongan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO turut membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan kerajaan PN dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu.

Menurutnya, tujuh kegagalan itu antaranya gagal menangani pandemik Covid-19, mempertahankan sistem demokrasi berparlimen, menguruskan bantuan dan tuntutan rakyat secara berkesan.

Artikel Berkaitan: