Exco arah selesai masalah pesawah

AZMAN
AZMAN
A
A
A

JABI - Kerajaan negeri telah meminta Jabatan Pertanian Terengganu mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan aduan pesawah di Skim Pengairan Pelagat di Jertih.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, beliau telah meminta Pengarah Pertanian negeri agar mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan pesawah secara jangka pendek.

Menurutnya, beliau dimaklumkan Pegawai Pertanian Daerah telah memohon bantuan jentera dari pihak Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA Ketara) untuk kerja-kerja membersihkan parit dan perkara berkaitan aduan pesawah.

“Harap perkara ini dapat diselesaikan dalam kadar segera untuk jangka pendek bagi memastikan pesawah dapat mengusahakan padi mereka dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas aduan pesawah Skim Pengairan Pelagat yang tidak mendapat bekalan air ke sawah padi mereka akibat sistem pengairan tidak diselenggara.

Artikel Berkaitan: