Mabuk melampau, lelaki tidur atas 'awning' hotel

Lelaki ditemui tidur di 'awning' sebuha hotel di Phuket. - Rawai EMS
Lelaki ditemui tidur di 'awning' sebuha hotel di Phuket. - Rawai EMS
A
A
A

PHUKET - THAILAND. Gara-gara mabuk melampau, seorang lelaki telah tidur di atas 'awning' tingkat dua sebuah hotel di sini.

Namun tindakan, pelancong Eerik Mesiter, 38, dari Estonia itu pada awalnya mengundang salah faham dari penduduk daerah Mueang Phuket.

Penduduk beranggapan lelaki itu telah bertindak terjun dari bangunan tersebut dan terus menghubungi polis jam 10.30 pagi.

Setibanya di lokasi, polis mendapati lelaki itu dalam keadaan mabuk bersama rakannya, Marten Oksan, 25 tahun.

Mereka telah menginap di hotel itu sejak Rabu lalu.

Polis telah membawa keduanya ke Balai Polis Chalong setelah mereka mengakui kesilapan dengan membawa keluar tilam dan merosakkan peralatan hotel.

Malah mereka juga bersetuju untuk membayar ganti rugi tersebut. - Khaosod

Artikel Berkaitan: