X

Kindly register in order to view this article
!

Empat termasuk remaja ditahan kes Macau Scam

Polis menahan empat individu termasuk seorang remaja berusia 16 tahun di tiga lokasi berasingan di Pulau Pinang bagi membantu siasatan sindiket Macau Scam.
A
A

SEREMBAN- Polis menahan empat individu termasuk seorang remaja berusia 16 tahun di tiga lokasi berasingan di Pulau Pinang bagi membantu siasatan sindiket Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Abd Ghani berkata, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis daerah Nilai menahan kesemua individu itu antara jam 9 malam Isnin hingga 4 pagi Selasa.

"Tiga lelaki dan seorang wanita itu masing-masing berusia 16 hingga 31 tahun.

"Hasil siasatan mendapati tiga daripadanya merupakan pemilik akaun bagi kes penipuan Macau Scam melibatkan kerugian sebanyak RM470,000 di Nilai pada 7 Julai lepas," katanya ketika mengesahkan laporan pada Selasa.

Katanya, kesemua individu kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang juruteknik kerugian RM470,000 akibat diperdaya sindiket Macau Scam pada 7 Julai lepas yang menyamar wakil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Alor Setar, Kedah.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!