'CAC melimpah ruah, 11 jam beratur, lima orang pengsan depan mata'

Pesakit perlu melalui lima peringkat sebelum bertemu dengan doktor yang akan menilai tahap jangkitan Covid-19 dialami.
Pesakit perlu melalui lima peringkat sebelum bertemu dengan doktor yang akan menilai tahap jangkitan Covid-19 dialami.
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih 11 jam menunggu adalah situasi yang terpaksa ditempuh oleh seorang pesakit Covid-19 sebelum memasuki Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati di sini pada Isnin.

Nurul Riduan Nor Ashaha, 36, yang juga wartawan Meja Premium Sinar Harian berkata, dia tiba di pekarangan stadium kira-kira jam 7.30 pagi walaupun meja pendaftaran dibuka pada 9 pagi.

“Waktu saya sampai, pekarangan stadium dipenuhi ramai orang. Barisan sudah panjang dan berpusing-pusing,” ceritanya.

Menurutnya, setiap pesakit perlu melalui lima peringkat sebelum bertemu dengan doktor yang melakukan penilaian tahap jangkitan Covid-19.