HSBC Amanah selesaikan pembiayaan perdagangan hijau pertama

HSBC Amanah Malaysia menyelesaikan kemudahan pembiayaan hijau khusus untuk Guan Chong Cocoa Manufacturer Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Guan Chong Bhd (GCB) menandakan kemudahan pembiayaan perdagangan hijau pertamanya bagi sumber koko yang mampan di Malaysia. - Foto 123RF
HSBC Amanah Malaysia menyelesaikan kemudahan pembiayaan hijau khusus untuk Guan Chong Cocoa Manufacturer Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Guan Chong Bhd (GCB) menandakan kemudahan pembiayaan perdagangan hijau pertamanya bagi sumber koko yang mampan di Malaysia. - Foto 123RF
A
A
A

HSBC Amanah Malaysia menyelesaikan kemudahan pembiayaan hijau khusus untuk Guan Chong Cocoa Manufacturer Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Guan Chong Bhd (GCB) menandakan kemudahan pembiayaan perdagangan hijau pertamanya bagi sumber koko yang mampan di Malaysia.

Dalam kenyataan pada Isnin, HSBC Group berkata, kemudahan pembiayaan itu menyokong cita-cita mampan GCB untuk mencapai 100 peratus koko yang boleh dikesan asalnya dan mampan menjelang 2030 daripada rangkaian sumber biji koko langsungnya.

Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia, Stuart Milne berkata, perjanjian itu membolehkan GCB untuk menerima pensijilan biji koko yang menyokong sistem perhutanan tani dan memastikan tiadanya penebangan hutan yang melibatkan koko.

“Kami berbangga dapat bekerjasama dan menyokong GCB menerusi komitmen mereka ke arah rantaian bekalan yang lebih bertanggungjawab.

“Transaksi kejayaan penting ini menandakan pembiayaan perdagangan hijau pertama bagi sumber koko yang mampan di Malaysia dan HSBC Group,” katanya.

Struktur Kewangan Perdagangan Hijau HSBC Amanah menggabungkan secara inovatif, pelbagai penyelesaian selepas penghantaran untuk mendapatkan sumber mampan yang boleh dinilai, dinyatakan kuantitinya, diukur dan dilaporkan.

"Menerusi dokumen perdagangan, pemerolehan biji koko yang diperakui GCB menerusi sumber mampan, telah dibuktikan sesuai dengan aspek alam sekitar, sosial dan/atau ekonomi oleh badan pensijilan yang diiktiraf,” menurut HSBC. - Bernama

Artikel Berkaitan: