X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Suntikan vaksin 'walk in' di UniSZA palsu

Pesanan WhatsApp mengenai suntikan vaksin walk in di UniSZA yang tular pada Ahad.
A
A

KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengesahkan bahawa suntikan vaksinasi Covid-19 secara 'walk in' di pusat pemberian vaksin (PPV) IPT (Integrasi) UniSZA yang tular di media sosial pada Ahad adalah palsu.

UniSZA dalam satu kenyataan memaklumkan pemberian vaksin secara walk in tidak pernah dilakukan di semua PPV termasuk PPV IPT (Integrasi) UniSZA.

"Individu yang dipilih menerima suntikan vaksin Covid-19 akan dimaklumkan melalui notifikasi di aplikasi MySejahtera, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, UniSZA menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu.

Kenyataan itu turu memberitahu, orang ramai juga diminta tidak hadir di PPV tanpa sebarang urusan dan tidak perlu berlegar atau menunggu di PPV bagi mendapatkan vaksin tanpa janji temu.

"Janji temu suntikan vaksin boleh dibuat dengan mendaftar melalui laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (vaksincovid.gov.my), aplikasi MySejahtera dan talian hotline 1-800-888-828," katanya.

Pada Ahad, tular satu pesanan WhatsApp memaklumkan orang ramai boleh mendapatkan suntikan vaksin secara terus di UniSZA berikutan universiti itu menerima 400 vaksin baharu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!