X

Kindly register in order to view this article
!

Program Movak: 200,000 penduduk PPR Selangor bakal terima vaksin

ZURAIDA
A
A

KLUANG - Kira-Kira 200,000 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan perumahan kos rendah di Selangor bakal menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movak) dalam masa terdekat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, inisiatif itu dilaksana susulan jangkitan Covid-19 di negeri itu merekodkan jumlah kes yang tinggi dan belum ada tanda menunjukkan penurunan.

"Kita sudah mengenal pasti senarai (penduduk PPR dan perumahan kos rendah) di Selangor. Kita lihat penduduk (yang layak divaksin) dalam anggaran 200,000. Kita sasar kawasan yang berisiko tinggi.

"Kita dah ada senarai, cuma tunggu pemberian vaksin... dari segi logistik semua sudah siap sedia," katanya kepada pemberita selepas melawat program Movak di Dataran Tasik Kluang pada Sabtu.

Hadir sama, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Zuraida berkata, kementerian itu bersama dengan Kementerian Perpaduan Negara telah mengenal pasti beberapa kawasan berisiko banjir dalam memastikan pemberian vaksin menerusi Movak di kawasan terlibat tidak terjejas.

"Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) bersama dengan pegawai daerah yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah juga sedang melakukan perkara sama," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 25 bas yang diubah suai mengikut spesifikasi yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dilancarkan pada Sabtu dan akan digunakan sebagai unit pusat pemberian vaksin bergerak Movak di seluruh semenanjung Malaysia.

Program Movak merupakan inisiatif bersama Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi membantu proses pemberian vaksin kepada rakyat terutama masyarakat luar bandar sekali gus meningkatkan kadar vaksinasi Covid-19 di negara ini. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!