Tebang pokok durian musang king kerana status HSK: Wan Rosdy

Gambar kecil: Wan Rosdy Wan Ismail
Gambar kecil: Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Keputusan kerajaan negeri Pahang menebang pokok durian musang king yang ditanam secara haram dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub kerana mengambil kira status kawasan itu sebagai HSK.

Memetik laporan portal Pahang Media, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sudah menjadi dasar mana-mana HSK tidak boleh ditanam dengan tanaman durian.

Menurut beliau, sekiranya ada pokok durian di kawasan HSK itu, ia akan menjadi faktor penarik untuk orang masuk sesuka hati ke dalam kawasan berkenaan.

"Sedangkan sesiapa yang masuk ke kawasan HSK ini perlu dapatkan kebenaran terlebih dahulu dan menjadi kesalahan jika masuk tanpa kebenaran,” katanya seperti yang dilaporkan Pahang Media.

ARTIKEL BERKAITAN:Isu pekebun haram: Kenapa baru sekarang ditebang?

Siasatan SPRM sudah lengkap 80 peratus

Operasi di Hutan Simpan Batu Talam tenang, terkawal

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri akan mengambil semula haknya walaupun berdepan banyak halangan dan tetap tegas dalam hal itu.

Dalam laporan itu, katanya, kawasan kebun haram musang king yang ditebang dalam operasi penguatkuasaan di HSK Batu Talam telah didefinisikan keluasannya oleh pihak mahkamah.

Menurut beliau, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri telah merujuk kembali perkara itu ke Mahkamah Rayuan sebelum ini bagi mengenalpasti luas kawasan kebun haram musang king yang terlibat dengan perintah penangguhan.

Melalui kenyataannya pada 5 Julai lalu, Wan Rosdy menegaskan kerja-kerja penguatkuasaan yang dilakukan itu hanya membabitkan kebun-kebun haram seluas kira-kira 101.17 hektar termasuk yang ditanam durian musang king dalam HSK Batu Talam.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dakwaan kononnya operasi penguatkuasaan itu melanggar perintah Mahkamah Rayuan tidak benar kerana kerja-kerja penguatkuasaan dilakukan di luar kawasan kebun durian yang dimiliki oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.