Wanita menyusup masuk kawasan PKPD mahu ziarah nenek

Video memaparkan seorang wanita menyusup masuk ke dalam kawasan PKPD di sebuah PPR di kawasan Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam di sini dirakam penghuni kawasan berkenaan.
Video memaparkan seorang wanita menyusup masuk ke dalam kawasan PKPD di sebuah PPR di kawasan Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam di sini dirakam penghuni kawasan berkenaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita bertindak menyusup masuk ke dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam di sini pada petang Jumaat.

Individu yang merupakan warga tempatan itu dipercayai mahu menziarahi neneknya yang tinggal di PPR tersebut.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, tindakan wanita berkenaan dirakam netizen dipercayai penghuni kawasan tersebut.

"Laporan polis kemudiannya dibuat berdasarkan video berkenaan kira-kira jam 10.51 malam oleh seorang pegawai kanan polis yang menjaga kawasan PKPD berkenaan.

"Suspek yang memakai baju warna gelap dan seluar putih dilihat menyusup masuk seorang diri ke kawasan PPR tersebut melalui pagar berduri jenis dawai besi yang dipasang di sekeliling blok," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, saksi awam yang memuat naik video berkenaan di media sosial mengaku merakam video ini pada 9 Julai 2021 sekitar jam 6.15 petang.

"Maklumat diri suspek yang disyaki menetap di Puchong telah diperoleh dan usaha mengesan individu terlibat sedang giat dijalankan," katanya.

Menurutnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

"Orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular ini dibimbang mewujudkan kegusaran orang awam" katanya.