X

Kindly register in order to view this article
!

Bekas pengurus besar AKSB antara 3 ditahan kes rasuah lebih RM27 juta

SPRM menahan tiga lelaki termasuk seorang bekas pengurus besar AKSB bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan projek bernilai lebih RM27 juta.
A
A

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga lelaki termasuk seorang bekas pengurus besar Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah yang melibatkan projek bernilai lebih RM27 juta antara 2015 dan 2019.

Dua lagi yang ditahan bersama bekas pengurus berumur 60 tahun itu adalah seorang pegawai AKSB yang berusia 39 tahun dan seorang pengurus projek sebuah syarikat berusia 43 tahun.

Menurut sumber SPRM, ketiga-tiga mereka ditahan antara jam 4.25 petang dan 6.30 petang selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Kelantan di sini.

Penahanan itu dilakukan selepas SPRM menerima maklumat daripada orang awam dan SPRM telah mendapat perintah reman selama tiga hari bermula Jumaat terhadap ketiga-tiga mereka.

Difahamkan ia bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan atas dakwaan pembabitan dalam rasuah daripada sebuah syarikat untuk mendapatkan projek dan kerja daripada AKSB, yang juga anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Menurut sumber, kes berkenaan adalah antara kes berprofil tinggi yang melibatkan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan dan siasatan lanjut mengenainya akan dilakukan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!