X

Kindly register in order to view this article
!

TUDM laksana penerbangan ihsan bawa pesakit jantung ke Sarawak

TUDM pada Jumaat laksana penerbangan ihsan bawa seorang lelaki warga emas dari IJN ke Sarawak bagi membolehkannya jalani rawatan rehabilitasi di Wad Isolasi Pusat Jantung Sarawak. - Foto Facebook Angkatan Tentera Malaysia
A
A

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Jumaat melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang lelaki warga emas dari Institut Jantung Negara (IJN) di sini ke Sarawak bagi membolehkannya menjalani rawatan rehabilitasi di Wad Isolasi Pusat Jantung Sarawak.

TUDM dalam kenyataan memaklumkan pesakit yang dikenali sebagai Jarit Luyang, 62, menaiki pesawat A400M daripada No 22 Skuadron yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada jam 6.58 pagi tadi.

Pesawat yang diterbangkan oleh Mejar A Phanom dan Mejar Mohd Fitrie Idham Kamaruddin dengan dibantu pembantu juruterbang Kapten Mohamad Ridhwan Yahaya selamat tiba di Pangkalan Udara Kuching pada jam 8.40 pagi bagi membolehkan pesakit mendapatkan rawatan susulan.

"Pesakit mengalami masalah injap pada jantung sebelum menjalani pembedahan penukaran injap mekanikal pada 29 Disember tahun lalu,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, penerbangan terbabit turut membawa pek bantuan makanan asas ke Labuan untuk golongan yang terkesan akibat penularan Covid-19.

"TUDM sentiasa komited dalam melaksanakan tugas menjaga kedaulatan negara tercinta dan dalam masa yang sama turut menunaikan tanggungjawab kemanusiaan," kata kenyataan itu. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!