X

Kindly register in order to view this article
!

Bursa Malaysia kekal tinggi tengah hari

Dagangan di Bursa Malaysia kekal tinggi pada sesi urus niaga tengah hari ini, dirangsang oleh aktiviti belian berterusan di pasaran.
A
A

KUALA LUMPUR - Dagangan di Bursa Malaysia kekal tinggi pada sesi urus niaga tengah hari ini, dirangsang oleh aktiviti belian berterusan di pasaran.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 8.63 mata kepada 1,517.34 daripada 1,508.71 ketika ditutup pada petang Khamis.

Indeks utama dibuka 0.35 mata lebih rendah pada 1,508.36 paras terendah hari ini sebelum berjaya mencecah paras tertinggi seharian pada 1,519.12.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 524 berbalas 311 sementara 434 kaunter tidak berubah, 934 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 2.46 bilion unit bernilai RM1.54 bilion.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 6 sen kepada RM8.09, Public Bank menambah 2 sen kepada RM4.07, Petronas Chemicals meningkat 1 sen kepada RM8, TNB mengukuh 5 sen kepada RM9.67, IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.60, dan Press Metal turun 2 sen kepada RM4.91.

Bagi saham aktif, Serba Dinamik naik 2.5 sen kepada 46.5 sen, Kanger International dan AT Systematization meningkat setengah sen kepada 6 sen dan 7 sen, Careplus melonjak 13 sen kepada RM1.78, Pegasus tidak berubah pada 2 sen, dan Asdion turun 29 sen kepada 42.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 61.59 mata kepada 11,050.34, Indeks FBMT 100 melambung 58.68 mata kepada 10,762.99, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 69.95 mata kepada 12,083.44, FBM ACE melonjak 106.06 mata kepada 7,169.58, dan FBM 70 mengembang 68.26 mata kepada 14,315.66.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 79.74 mata kepada 14,956.6, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.47 mata menjadi 186.73 sementara Indeks Perladangan lebih tinggi sebanyak 9.47 mata kepada 6,286.31. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!