Saringan PKPD punca kes Covid-19 tinggi di Selangor: MB

Petugas kesihatan membuat persediaan dan merekod kehadiran orang ramai ketika tinjauan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati Shah Alam.
 - Foto Bernama
Petugas kesihatan membuat persediaan dan merekod kehadiran orang ramai ketika tinjauan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati Shah Alam.
 - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Saringan Covid-19 yang dilaksanakan secara menyeluruh di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menyumbang kepada jumlah positif tinggi di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, saringan itu menyumbang kepada kes kumulatif berjumlah 1,346 kes selain saringan kontak rapat kes positif di kawasan PKPD.

Menurutnya, dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Khamis, beliau mengesyorkan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan.

"Cadangan (disyorkan kepada kerajaan Persekutuan antaranya) mengekalkan penutupan sektor ekonomi dan industri yang telah ditetapkan sehingga tamat pelaksanaan PKPD," katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau pada Khamis.