Sarawak sasar elektrifikasi sepenuhnya menjelang 2025

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Kementerian Utiliti Sarawak menyasarkan untuk mencapai elektrifikasi sepenuhnya menjelang 2025, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

Beliau berkata, Sarawak telah mencapai liputan elektrik 24 jam sekitar 91 peratus bagi penduduk luar bandar dengan 29,600 isi rumah yang menikmatinya.

“Kerajaan negeri telah memperuntukkan khas berjumlah RM2.37 bilion untuk 2019 dan 2020 bagi mempertingkatkan liputan elektrik dalam kalangan isi rumah di luar bandar daripada 91 peratus kepada 97 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Stephen yang juga ADUN Kemena berkata, untuk daerah Subis, sebanyak tujuh projek bekalan elektrik luar bandar (BELB) telah siap dilaksanakan melibatkan 187 isi rumah dengan kos keseluruhan RM11,090,574.13.

Sebanyak empat projek di kawasan Suai Niah sedang dalam pelaksanaan dan dua projek dirancang untuk dilaksanakan di bawah Pelan Induk Elektrifikasi Luar Bandar, katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: