8,615 janji temu suntikan vaksin untuk pelajar ke luar negara

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba (kiri) bersama Khairy Jamaluddin (kanan) pada sidang media perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di ibu pejabat Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini. -Foto Bernama
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba (kiri) bersama Khairy Jamaluddin (kanan) pada sidang media perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di ibu pejabat Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 8,615 janji temu bagi permohonan awal pengambilan vaksin telah dikeluarkan bagi pelajar yang akan melanjutkan pengajian di luar negara, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, kerajaan telah memulakan vaksinasi terhadap kumpulan tersebut dan memaklumkan pemberian itu akan turut merangkumi pelajar yang belum mencapai usia 18 tahun ketika tarikh penerimaan suntikan dengan beberapa syarat.

“Kita telah memulakan vaksinasi kepada para pelajar yang akan melanjutkan pelajaran keluar negara. Bagaimanapun, terdapat isu di mana pada tarikh vaksinasi, mereka masih belum lagi mencecah usia 18 tahun.

“Jadi untuk golongan ini, vaksinasi masih boleh diberikan sekiranya mereka mencecah usia 18 tahun pada tahun ini (2021). Manakala satu syarat lain yang perlu dipenuhi adalah ibu bapa atau penjaga mereka perlu menandatangani surat perakuan kebenaran (consent form) bagi tujuan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar mingguan perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di sini pada Isnin.

Artikel Berkaitan: