AGROMAKANAN (PENJANA) Sedia Bantu Usahawan Mikro & B40

No Image Caption
A
A
A

Agromakanan adalah skim kemudahan pembiayaan yang ditawarkan melalui Agrobank di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) kepada komuniti usahawan mikro dan B40 yang terlibat dalam sektor ekonomi pertanian berasaskan makanan. Pembiayaan ini bertujuan untuk membantu usahawan mikro yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

Skop pembiayaan di bawah skim ini melibatkan aktiviti berasaskan pengeluaran makanan yang merangkumi keseluruhan rantaian pembekalan bermula dari pengeluaran hasil sumber makanan (seperti aktiviti penanaman, ternakan dan penangkapan ikan), pemprosesan, pengedaran, pemasaran dan perkhidmatan penyediaan makanan.

- Aktiviti penanaman, penternakan (termasuk akuakultur) dan penangkapan ikan yang bertujuan bagi pengeluaran makanan.

- Aktiviti peruncitan dan pembekalan makanan termasuk yang melibatkan penghantaran dan pemasaran makanan.
- Aktiviti penyediaan makanan seperti restoran, penjaja, katering, kantin dan yang seumpama dengannya.

Pembiayaan ini bertujuan untuk membantu usahawan mikro & B40 bagi perkara berikut:-

- Membiayaikeperluan kos operasi dan pembelian aset perniagaan bagi tujuan pemulihan dan meningkatkan kecekapan proses pengeluaran pertanian bagi keseluruhan rantai bekalan termasuk aktiviti khidmat sokongan.

Artikel Berkaitan:

- Membiayai enam (6) bulan ansuran awal untuk akaun sedia ada serta akaun baru dengan tertakluk kepada kelayakan pembiayaan yang ditetapkan. Ini bagi membolehkan usahawan memberi tumpuan sepenuhya dalam memulihkan kembali aliran tunai pendapatan dalam tempoh enam (6) bulan akan datang.

Melalui Skim Pembiayaan Mikro Agromakanan yang ditawarkan melalui Agrobank ini diharapkan dapat membantu usahawan mikro dan B40 meneruskan aktiviti pertanian dan pengeluaran makanan masing-masing dan sekaligus dapat meringankan bebanan serta membantu aliran tunai operasi perniagaan mereka.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut berkaitan AGROMAKANAN (PENJANA), sila hubungi Pusat Panggilan Agrobank di talian 1-300-88-2476 atau layari laman sesawang rasmi Agrobank www.agrobank.com.my atau e-mel kepada customer@agrobank.com.my.

Kehadiran pelanggan ke cawangan Agrobank yang berhampiran tidak digalakkan pada ketika ini bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

#lindungdirilindungsemua