Dapur It'am 5.0 terus bantu warga kota terjejas Covid-19

Zulkifli (tengah) menyampaikan bantuan Dapur It'am 5.0 kepada salah seorang penerima di Surau Al-Falah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampang Hilir pada Ahad.
Zulkifli (tengah) menyampaikan bantuan Dapur It'am 5.0 kepada salah seorang penerima di Surau Al-Falah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampang Hilir pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meneruskan program Dapur It'am 5.0 yang digerakkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Jawi dalam kenyataannya berkata, sebanyak 300 pek makanan tengah hari dan 300 pek barangan mentah ayam dan udang diedarkan secara percuma kepada golongan memerlukan di Surau Al-Falah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampang Hilir, pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, Dapur It'am 5.0 adalah program berkonsepkan 'soup kitchen' yang berpusat di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

"Edaran pek makanan siap dimasak diedar secara percuma kepada golongan sasar yang memerlukan dengan matlamat sifar lapar dalam tempoh pandemik Covid-19," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Hadir pada penyerahan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail.

Menurut kenyataan itu, program tersebut turut disertakan penyerahan Jawi Food Bank berupa 100 pek beras 5 kilogram untuk ditempatkan di Gerobok Rezeki di surau berkenaan untuk kemudahan kariah.

Tambahnya, sehingga kini lebih 71 masjid dan surau di Wilayah Persekutuan menyediakan bantuan barangan keperluan asas kepada golongan terjejas melalui program Gerobok Rezeki.

Artikel Berkaitan: