Khianat: Polis tahan lelaki baling batu

Gambar atas -Sampah dilonggokkan suspek di hadapan kedai tersebut. Gambar bawah: Kedai mangsa. Gambar kecil, suspek yang ditahan polis petang tadi.
Gambar atas -Sampah dilonggokkan suspek di hadapan kedai tersebut. Gambar bawah: Kedai mangsa. Gambar kecil, suspek yang ditahan polis petang tadi.
A
A
A

KULIM - Perbuatan khianat seorang lelaki membaling batu ke arah cermin sebuah kedai di Taman Karangan membawa padah apabila dia ditangkap polis petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim Superitendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, bermotifkan khianat, suspek turut melonggokkan sampah depan premis tersebut.

Menurutnya, pemilik kedai berusia 63 tahun menyedari kejadian itu jam 6 pagi selepas dimaklumkan rakannya.

"Bertindak atas maklumat, Ketua Balai Polis Sungai Karangan bersama anggota menahan suspek yang berlegar sebuah rumah di Lorong Kenangan Fasa 4 Sungai Karangan pada jam 1.30 petang.

"Suspek berusia 47 tahun disyaki terlibat dalam kejadian khianat bersangkut kes tersebut dan dibawa ke ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kulim untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah serta mengaku terlibat dalam kejadian itu.

Kes disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: