Polis tahan lelaki mengamuk dalam restoran

Berang disapa sebagai pak cik, sebaliknya mahu dipanggil 'abang' atau 'baby', seorang lelaki bertindak keterlaluan dengan membaling bungkusan makanan serta air minuman panas dalam kejadian di sebuah restoran sekitar Putra Height pada Ahad.
Berang disapa sebagai pak cik, sebaliknya mahu dipanggil 'abang' atau 'baby', seorang lelaki bertindak keterlaluan dengan membaling bungkusan makanan serta air minuman panas dalam kejadian di sebuah restoran sekitar Putra Height pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas tular videonya mengamuk serta membaling bungkusan makanan dan minuman di sebuah restoran di sini Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, lelaki berusia 50 tahun ditahan pada 1 pagi tadi di Jalan Samudera Utara 2, Taman Samuidera, Batu Caves, Selangor.

Beliau berkata, penahanan lelaki itu berikutan satu laporan polis yang dibuat seorang wanita pada Selasa lalu setelah mendapati insiden suspek mengamuk tular di media sosial.

"Dalam video berkenaan, kira-kira 9 pagi, semasa pengadu bersama pekerja sedang melayan pelanggan di sebuah restoran, seorang lelaki iaitu suspek secara tiba-tiba bertindak agresif.

"Lelaki itu menjerit dan membaling bungkusan makanan serta air minuman panas ke dalam kedai dan terkena anak pengadu yang berumur empat tahun,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Wan Azlan berkata, hasil siasatan mendapati suspek yang tidak bekerja itu mempunyai lima rekod berkaitan jenayah.

Suspek kini direman sehingga 14 Jun depan bagi membantu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506/352 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan menggunakan kekerasan jenayah. - Bernama