Kumpulan Malakat kumpul dana bantu golongan memerlukan

Malakat Mall memanfaatkan dana yang terkumpul hasil sumbangan orang ramai dengan mengagihkan barang keperluan asas kepada mereka yang memerlukan.
Malakat Mall memanfaatkan dana yang terkumpul hasil sumbangan orang ramai dengan mengagihkan barang keperluan asas kepada mereka yang memerlukan.
A
A
A

SHAH ALAM- Malakat Mall dengan kerjasama Yayasan Brainy Bunch melancarkan Program Bantuan Makanan dan Keperluan Asas 3.0 bagi membantu golongan yang memerlukan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Pengarah Projek, Hailmy Rizuan berkata, dana yang terkumpul hasil sumbangan orang ramai melalui tabung khas akan digunakan untuk bekalan barangan keperluan mereka yang memerlukan.

Menurutnya, sumbangan itu difokuskan kepada golongan asnaf, B40 dan mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang boleh didapati melalui cawangan-cawangan Malakat Grocer.

“Justeru, mereka yang memerlukan bantuan boleh ke Malakat Mall atau cawangan Malakat Grocer yang berhampiran.

“Setakat ini kita sudah ada enam cawangan Malakat Grocer antaranya di Taman Putra Perdana, Taman Kosas, Hospital Ampang, Kota Warisan, Alam Damai dan Greenwood, Gombak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Hailmy berkata, penubuhan cawangan Malakat Grocer itu bertujuan membolehkan penduduk yang berada di kawasan sekitar cawangan berkenaan mengambil bantuan keperluan asas tersebut.

“Mereka boleh pergi ke kedai dan ambil barang sekadar yang diperlukan. Ini antara konsep baharu yang kita buat sekarang ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, bantuan bekalan makanan itu juga hasil daripada kesinambungan projek PKP1.0 tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

“Sebelum ini kita gunakan dua konsep iaitu keperluan asas dan bantuan makanan bermasak. Agihan ini bukan sahaja diberikan kepada petugas barisan hadapan tetapi turut diberikan kepada mereka yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan flat,” katanya.