Hamzah cadang negeri kes rendah longgarkan SOP

Antara pekerja asing yang diperiksa dalam Op Patuh di kilang di Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya pada Jumaat.
Antara pekerja asing yang diperiksa dalam Op Patuh di kilang di Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya pada Jumaat.
A
A
A

SUBANG JAYA - [DIKEMASKINI] Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan mengemukakan cadangan supaya beberapa negeri yang mencatatkan angka kes Covid-19 rendah untuk diberikan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP).

Menurut beliau, pihaknya akan melakukan kajian bagi menentukan negeri yang akan diusulkan sebelum cadangan itu dikemukakan kepada Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kasihan kepada negeri-negeri lain seperti Perlis yang mencapai tahap boleh buka perniagaan, tetapi disebabkan angka (kes Covid-19) nasional tidak dapat diturunkan yang datang dari Selangor menyebabkan kita satu negara bermasalah.

“Sebab itu hari ini, kita mengadakan operasi pematuhan secara besar-besaran untuk mengkaji semula semua angka serta data (operasi) di seluruh negara nanti dan Insya-ALLAH esok saya akan umumkan," katanya ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaan di sebuah kilang pembuatan keluli di Taman Perindustrian Subang di sini pada Jumaat.

Hamzah (dua, kanan) hadir mengetuai Ops Patuh di sebuah kilang di Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya pada Jumaat.
Hamzah (dua, kanan) hadir mengetuai Ops Patuh di sebuah kilang di Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya pada Jumaat.

Jelasnya, daripada kajian semula itu akan menentukan negeri mana yang akan dicadangkan kepada Menteri Kanan (Keselamatan) dalam jawatankuasa teknikal.

Hamzah berkata, tindakan itu adalah bagi memberikan kelegaan kepada penduduk di negeri terbabit.

“Tindakan ini membolehkan (penduduk) negeri-negeri yang kita rasakan boleh diberikan kebebasan merasa lega.

Artikel Berkaitan:

“Ini kerana angka nasional (Covid-19) kebanyakan direkodkan di Selangor menyebabkan ramai rakyat rasa terhimpit dan terganggu dengan masalah ketika ini,” katanya.

Hadir dalam operasi terbabit, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), Bukit Aman, Datuk Mastor Mohd Ariff dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman.