Kedai perkakasan terbakar 50 peratus

Hanya 50 peratus kawasan kedai itu terlibat dalam kebakaran berkenaan. - Foto ihsan JBPM Kelantan
Hanya 50 peratus kawasan kedai itu terlibat dalam kebakaran berkenaan. - Foto ihsan JBPM Kelantan
A
A
A

KOTA BHARU - Sebuah kedai perkasasan terbakar dalam satu kejadian di Jalan Long Yunus - Taman Maju pada jam 9.11 malam Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, anggotanya tiba di lokasi kejadian ketika api sedang marak dan berjaya memadam kebakaran dalam tempoh sembilan minit.

"Kedai tersebut berkeluasan 76 meter dengan peratusan kebakaran adalah 50 peratus serta tidak melibatkan mangsa.

"Api marak disebabkan kawasan belakang kedai tersebut mempunyai kayu tetapi kami berjaya padam kebakaran sebelum merebak ke kawasan lain.

"Ketika kejadian, kedai berkenaan ditutup dan tidak melibatkan mangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, seramai 35 anggota terlibat dalam operasi pemadaman melibatkan Balai Bomba Kota Bharu dan dibantu anggota dari Balai Bomba Kota Darulnaim, Tunjong dan Pengkalan Kubor.

Beliau berkata, sehingga kini, pihaknya masih melakukan siasatan lanjut berhubung punca kejadian berkenaan.

Artikel Berkaitan: