Peruntukan RM300,000 mula disalurkan kepada ahli Parlimen

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

PUTRAJAYA - Peruntukan sebanyak RM300,000 kepada ahli Parlimen bagi memperkasakan program Bantuan Bakul Makanan telah mula disalurkan bermula Khamis.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, bagi kawasan Parlimen Gerik dan Batu Sapi yang mempunyai kekosongan ahli Parlimen, peruntukan itu disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik serta Majlis Perbandaran Sandakan.

Peruntukan tersebut diagihkan kepada semua ahli Parlimen termasuk pembangkang susulan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Peruntukan ini bagi memperkasakan program Bantuan Bakul Makanan sedia ada untuk memastikan pelaksanaan yang lebih terangkum dan efektif kepada kumpulan sasar di seluruh negara," katanya.

Artikel Berkaitan: