Melaka benar solat Jumaat 250 jemaah

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membenarkan kehadiran maksimum 250 orang jemaah bagi solat Jumaat di tujuh masjid kerajaan iaitu masjid yang berada di bawah pentadbiran agensi itu, berkuat kuasa esok. - Foto Bernama

A
A
A

MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membenarkan kehadiran maksimum 250 orang jemaah bagi solat Jumaat di tujuh masjid kerajaan iaitu masjid yang berada di bawah pentadbiran agensi itu, berkuat kuasa esok.

Pengarahnya Datuk Che Sukri Che Mat berkata, bagi masjid kariah dan masjid institusi pula, ketetapan dibenarkan adalah 100 orang jemaah manakala untuk surau, had bilangan masih dikekalkan iaitu 50 orang.

“Jumlah maksimum bagi untuk solat fardu lima waktu berjemaah dan solat jenazah pula masih kekal 12 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Katanya, jumlah maksimum yang ditetapkan tidak termasuk pemantau daripada agensi penguat kuasa dan JAIM.

“Ahli Jawatankuasa masjid dan surau yang dibenarkan hadir diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan dalam pekeliling JAIM Bil. 11/2021,” katanya. -Bernama

Artikel Berkaitan: