X

Kindly register in order to view this article
!

69 maut akibat suhu panas di Kanada

Seramai 69 orang meninggal dunia di Kanada dilanda gelombang panas sejak beberapa hari lalu. - Foto: NEWS 1130
A
A

VANCOUVER - Sekurang-kurangnya 69 orang di kawasan berhampiran bandar raya Vancouver, Kanada meninggal dunia ekoran gelombang panas yang melanda barat negara itu dan barat laut Pasifik Amerika Syarikat (AS), kata polis pada Selasa.

Ramai orang yang dilaporkan meninggal dunia di bandar Burnaby dan Surrey adalah terdiri daripada golongan tua atau mereka yang telah menghadapi masalah kesihatan, kata polis.

"Walaupun masih dalam siasatan tetapi suhu panas dipercayai menjadi faktor utama dalam kematian itu," kata seorang pegawai polis, Koperal Michael Kalanj menerusi satu kenyataan seperti dilaporkan AFP.

Perubahan cuaca menyebabkan suhu panas meningkat manakala gelombang panas berlaku dari Oregon di barat laut AS sehingga ke wilayah-wilayah Artik di Kanada.

Pada Isnin lalu, Kanada mencatatkan suhu 47.9 darjah Celsius di Lytton, British Columbia yang terletak kira-kira 250 kilometer dari timur Vancouver.

Dalam pada itu, Kanada mencatatkan suhu paling tinggi pada Selasa di Lytton, British Columbia iaitu 49.5 darjah Celsius sekali gus memecahkan rekod harian di bandar tersebut. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!