X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Ketua Dewan Ulamak Pas Selangor meninggal dunia

Rizuan Rahmat
A
A

SHAH ALAM - Ketua Dewan Ulamak Pas Selangor, Rizuan Rahmat meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada Selasa.

Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor (BPPNS) dalam kenyataan berkata, Allahyarham merupakan seorang yang banyak berjasa dalam memperjuangkan agama Islam di Malaysia terutama di Selangor.

“BPPNS mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Al Fadhil Ustaz Rizuan Rahmat, Ketua Dewan Ulamak Pas Negeri Selangor yang telah kembali ke rahmatullah di Hospital Sungai Buloh sebentar tadi (Selasa).

“Allahyarham juga Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak Pas Pusat yang banyak menyumbang kepada perjuangan Islam di dalam negara kita khususnya di negeri Selangor,” menurut kenyataan tersebut pada Selasa.

Dalam kenyataan itu, BPPNS turut memanjatkan doa buat Allahyarham supaya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

“Didoakan semoga ALLAH SWT memberi kekuatan kepada ahli keluarga Allahyarham dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!