Pasar Moden Seksyen 6 ditutup tiga hari

Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam. - Foto internet
Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam. - Foto internet
A
A
A

SHAH ALAM - Pasar Moden Seksyen 6 di sini akan ditutup selama tiga hari bermula Rabu hingga Jumaat ini sebagai langkah mengekang penularan Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan melalui notis penutupan sementara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti dikongsikan di Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Selasa.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, langkah tersebut diambil selepas terdapat pengesanan kontak rapat kes positif Covid-19.

Menurutnya, susulan itu, peniaga, penyewa dan pekerja di pasar tersebut diminta menjalani ujian saringan Covid-19.

"Mereka perlu mengemukakan keputusan saringan kepada pihak MBSA sebelum dibenarkan memulakan operasi peniagaan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Pasar tersebut pernah ditutup selama empat hari pada Mei lalu ekoran terdapat jangkitan kes positif Covid-19 dalam kalangan peniaga.

Notis pemakluman penutupan Pasar Moden Seksyen 6 bermula esok.
Notis pemakluman penutupan Pasar Moden Seksyen 6 bermula esok.

Artikel Berkaitan: