X

Kindly register in order to view this article
!

Nilai syarikat Facebook lebih RM4.15 trilion

Facebook merupakan media sosial yang popular dalam kalangan pengguna komputer, tablet dan telefon bimbit. - Foto AFP
A
A

NEW YORK - Saham Facebook meningkat pada Isnin sekali gus menyebabkan nilai syarikat gergasi media sosial tersebut melonjak kepada lebih AS$1 trilion (RM4.15 trilion) buat pertama kalinya.

Facebook merupakan syarikat kelima di Amerika Syarikat (AS) yang berjaya mencecah nilai tersebut dan mengikuti jejak Apple, Microsoft, Amazon dan syarikat induk Google, Alphabet.

Syarikat itu membuat tawaran awam awal (IPO) pada Mei 2012 pada harga hanya RM38 (RM157.77) sesaham dengan model sebanyak AS$104 bilion (RM431.79 bilion).

Pada Isnin, harga saham syarikat berkenaan naik hampir lima peratus kepada AS$357.89 (RM1,485) selepas seorang hakim mahkamah daerah AS, James Boasberg di Washington memutuskan untuk menggugurkan kes Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan terhadap Facebook.

Suruhanjaya itu menyaman Facebook pada Disember tahun lalu bersama 48 ketua peguam negeri AS yang mendakwa syarikat berkenaan terlibat dalam strategi sistematik untuk menghapuskan ancaman terhadap kuasa monopolinya.

Bagaimanapun, hakim AS berkenaan pada Isnin menyatakan pihak suruhanjaya tersebut gagal mengemukakan bukti mencukupi bahawa Facebook mempunyai kuasa monopoli di pasaran untuk perkhidmatan rangkaian sosialnya. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!