X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

'Tak adil jika tak ada import'

AB GHANI
A
A

CADANGAN untuk mengkhususkan saingan Liga Premier hanya kepada pemain tempatan perlu diperhalusi sebaik-baiknya sebelum sebarang keputusan dibuat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan, pihaknya harus mendengar setiap pandangan terutama daripada pemegang taruh Liga-M.

Malah, beliau memberitahu, MFL harus bersikap adil kepada setiap pasukan yang bertanding dalam Liga-M, baik pada saingan Liga Super mahupun Liga Premier.

“Kita harus ingat, pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Premier juga perlu menyediakan barisan pemain terbaik sebagai persediaan untuk layak ke Liga Super, Piala FA serta Piala Malaysia.

“Jadi mungkin tidak adil buat pasukan-pasukan ini jika tiada pemain import. Mereka juga perlukan pasukan yang mantap dan mungkin juga ada yang bercita-cita untuk bersaing di peringkat Piala AFC.

“Berdasarkan kepada faktor-faktor itu, banyak perkara yang perlu diteliti sebelum apa-apa keputusan dibuat berhubung cadangan berkenaan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.

Jordan Mintah (depan, dua dari kanan) antara pemain import yang memberi impak positif kepada TFC II musim ini.
Jordan Mintah (depan, dua dari kanan) antara pemain import yang memberi impak positif kepada TFC II musim ini.

Pada Ahad, bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali mencadangkan saingan Liga Premier hanya dikhususnya kepada pemain tempatan dalam usaha mempertingkatkan kembali kualiti skuad Harimau Malaya.

Ia berikutan ramai pemain tempatan kurang mendapat minit beraksi dengan pasukan masing-masing terutamanya dalam saingan Liga Super selepas beberapa posisi utama diisi pemain import.

Pada masa sama, majoriti penyokong bola sepak tempatan melahirkan rasa kecewa dengan prestasi hambar Harimau Malaya pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ab Ghani berkata, prestasi hambar Harimau Malaya pada aksi kelayakan tersebut perlu dilihat daripada pelbagai faktor terutamanya 'minit permainan' setiap pemain.

“Sebenarnya faktor itulah yang patut kita tengok. Lagipun, minutes of play itu penting. Kita kena tengok, pemain itu bermain berapa banyak untuk musim 2020 sebagai persiapan menghadapi aksi kelayakan itu.

“Sepanjang tahun 2020, tidak ada sekalipun latihan pusat diadakan. Berapa kali pemain-pemain dipanggil untuk latihan pusat? Hanya sekali dan kemudian terus ke perlawanan persahabatan dengan Bahrain dan Kuwait.

“Itulah dua perlawanan persahabatan sejak 2019 sedangkan kita perlu sediakan pasukan yang mantap dengan pemain yang memiliki match fitness yang tinggi,” jelasnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!