X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Ringgit ditutup tinggi berbanding Dolar AS

Gambar hiasan 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Isnin di tengah-tengah jangkaan bahawa pasaran mata wang akan kekal stabil untuk awal minggu ini, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.1445/1495 daripada 4.1560/1575 sewaktu ditutup pada Jumaat lepas.

Penganalisis Kanan Oanda bagi Pasaran Asia Pasifik, Jeffrey Halley berkata, pasaran mata wang dijangka kekal stabil kerana pelabur menunggu pelbagai data yang akan dikeluarkan lewat minggu ini.

“Bagaimanapun, peningkatan hasil Amerika Syarikat (AS) atau ancaman kepada pertumbuhan akibat situasi virus di Thailand, Malaysia dan Indonesia mendedahkan baht Thailand, Ringgit dan Rupiah kepada tekanan dan dijangka berlaku sedemikian bagi sepanjang minggu ini,” katanya.

Beliau berkata, minggu itu akan didominasi oleh pengeluaran rasmi bagi Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan dan Perkhidmatan China pada Rabu, PMI Pembuatan Caixin yang lebih meluas pada Khamis dan Senarai Gaji Bukan Ladang AS pada Jumaat.

Sewaktu ditutup, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan menokok berbanding pound Britain kepada 5.7700/7769 daripada 5.7781/7802 pada penutupan Jumaat dan naik berbanding euro kepada 4.9481/9541 daripada 4.9627/9645.

Ia turut naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0865/0906 daripada 3.0964/0980 pada Jumaat lepas dan meningkat sedikit berbanding yen Jepun kepada 3.7439/7484 daripada 3.7526/7540 sebelum ini. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!